Wednesday, 26 November 2025

PROGRAM OUTREACH SPAN & SAINS BERSAMA AGENSI PERAKUAN SPAN, REHDA, ORANG BERKELAYAKAN DAN PEMEGANG PERMIT IPA

PROGRAM OUTREACH SPAN & SAINS BERSAMA AGENSI PERAKUAN SPAN, REHDA, ORANG BERKELAYAKAN DAN PEMEGANG PERMIT IPA
Date: 26th December 2025, Wednesday
Venue:  Bilik Latihan, Ibu Pejabat SAINS, S2

Ir. Richard Khoo. Ir. Chong Chee Yen, Ir. Jason Tan Chee Nian & Ir. Tiong Ngo Pu attended this event.

SPAN melalui Wilayah Selatan dan dengan kerjasama Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) hari ini telah menganjurkan Program Outreach yang dihadiri oleh IWK, Jurutera Perunding, Pemegang Permit IPA SPAN, IEM, REHDA serta Persatuan Tukang Paip Negeri Sembilan (PTPNS).
Program yang dirasmikan oleh Ts. Padhil bin Hj. Abdul Hadi (Pengarah SPAN Wilayah Selatan) ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang maklumat yang berkaitan dengan pindaan perundangan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) serta perundangan subsidiari. Program ini juga dianjurkan bagi memperkukuh kefahaman teknikal serta menambah baik hubungan kerja dalam sektor perkhidmatan air dan pembetungan.
Program turut diisi dengan Sesi Dialog Terbuka yang menampilkan SPAN, SAINS dan IWK sebagai panel utama untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peserta. Rata-rata peserta program mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang seperti industri pembinaan, jurutera perunding, operator air dan operator pembetungan.



Site Login

Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Facebook

Facebook Image

Visitors Counter

16840098
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4913
8794
44929
16617816
44929
384120
16840098

05-12-2025 15:53:26

ADVERTISE

WITH US FROM

RM150